Hyper Act. Foto CHAN TAK KONGPETALING JAYA: Hyper Act tidak kisah sekiranya ada pihak yang memperkecilkan kumpulan itu dengan menggelar mereka artis OST (runut bunyi) apabila sering muncul dengan lagu terbaharu hanya menerusi drama-drama di televisyen sahaja.Vokalisnya iaitu Ronnie berkata, mereka menyifatkan lagu-lagu terbaharu yang digunakan oleh pihak penerbitan drama secara tidak langsung dapat mempopularkan karya-karya mereka. "Saya rasa, pihak produksi drama telah memberi peluang besar buat penggiat muzik apabila lagu-lagu baharu dimainkan dahulu menerusi drama-drama yang diterbitkan."Ini juga salah satu promosi yang bagus buat artis-artis baharu seperti kami. Mana tidaknya, kalau hari-hari lagu sama didengarkan, lama-lama penonton yang menyaksikan drama itu akan meminta radio memutarkan lagu-lagu tersebut."Dan kerana itu kami langsung tidak kisah jika ada yang memperkecil-kecilkan kami dengan gelaran artis OST," katanya.Tambah Ronnie, dia bersama ahli kumpulannya iaitu Toi (bes), Freddy (gitar utama), Etan (gitar kedua), Labib (dram) dan Akir (keyboard)juga percaya bahawa ia merupakan satu pembuka rezeki buat Hyper Act dalam industri seni muzik tempatan yang dikira cara mudah memperkenalkan lagu baharu kepada khalayak."Mungkin orang nampak perkara ini remeh, tetapi sebenarnya ramai lagi artis yang mahu lagu-lagu mereka dimainkan dalam drama. Kiranya kami bersyukur kerana adanya peluang itu," ujarnya.Sementara itu, Hyper Act yang mula popular menerusi lagu Harapan (OST Seindah Sakura) itu berkata, mereka tidak akan lari daripada konsep Pop Rock Melayu yang dibawakan.Beritahu Toi pula, konsep itu yang dimodenkan sedikit akan menjadi 'trademark' mereka dalam kemunculan lagu-lagu baharu seterusnya."Kemudian, sekali lagi kami tampilkan lagu single ketiga pula iaitu Hanya Aku untuk drama Teduhan Kasih (TV3)," katanya.