suria

Demi Moore Berdamai Dengan Anaknya

Demi Moore.
Demi Moore.
Demi Moore.

EKORAN sikapnya yang aneh, anak pelakon Demi Moore telah menjauhkan diri daripada ibu mereka. Namun kini keretakan hubungan anak beranak itu kembali pulih.

Demi dan anak sulungnya, Rumer Willis dilihat menghabiskan masa bersama-masa di pusat latihan yoga di West Hollywood baru-baru ini.

Sejak foto Demi berparti sakan tersebar pada 2012 hubungan mereka menjadi renggang dan kelibat dua beranak itu adalah kali pertama sejak kejadian tersebut.

Mereka tersenyum dan kelihatan mesra apabila muncul di khalayak ramai.

Selain Rumer, Demi juga mempunyai dua lagi anak iaitu Scout dan Tallulah Willis hasil perkahwinannya dengan aktor Bruce Willis.

Selepas bercerai, Demi berkahwin dengan Ashton Kutcher namun bercerai pada tahun lalu.

Artikel Lain