Cher mengakui pernah melarikan diri dari rumah ketika berusia 11 tahun.PENYANYI Cher mengakui pernah lari dari rumah ketika dia berusia 11 tahun.Cher, 66, berkata, ketika kecil dia seorang yang sangat keras kepala dan sentiasa menimbulkan masalah kepada ibunya, Georgia Holt dan mengakui menyesal dengan perbuatannya itu. Penyanyi lagu Believe itu tampil dengan sebuah dokumentari berjudul Dear Mom, Love Cher khas buat ibunya."Kami sangat rapat tetapi saya sering menimbulkan masalah ketika remaja."Saya telah melakukan beberapa perkara seperti lari dari rumah dan mengikut rakan-rakan menaiki kereta api. Ia sangat mencabar tetapi memberi masalah kepada ibu saya," katanya kepada majalah People.