Dayang Nurfaizah. Foto M. AZHAR ARIFKUALA LUMPUR: Pelbagai rawatan pemutihan kulit yang kini menjadi 'Kegilaan' ramai wanita di negara ini tidak pernah menarik perhatian penyanyi Dayang Nurfaizah untuk turut sama berbuat demikian.Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, berkata dia tidak mempercayai rawatan tersebut di mana ia berkemungkinan besar boleh merosakkan lagi kulit. "Rasanya saya lebih selesa dengan warna kulit asal saya walaupun gelap. Saya tidak mempercayai konsep rawatan pemutihan wajah terutamanya."Pada pendapat saya, yang penting kulit dijaga rapi agar ia tidak kusam atau berjerawat, itu sudah mencukupi," katanya.Dayang ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar & Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.Bagaimanapun tambah Dayang, kenyataannya itu tidak bermaksud ingin memperkecilkan individu yang melakukan rawatan tersebut sebaliknya menghormati kehendak mana-mana wanita yang menjalani proses itu.Baginya setiap wanita mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri dan begitu juga dengan dirinya yang turut melakukan beberapa rawatan untuk berpenampilan lebih menarik.Terbaharu, Dayang kini sedang menjalani rawatan memasang pendakap gigi invasalign braces, sejenis pendakap lutsinar tanpa besi."Sebenarnya saya seorang yang takut mahu menggunakan pendakap gigi, Tetapi apabila doktor mengesyorkan sejenis pendakap lutsinar, saya tertarik mahu menggunakannya."Dan ya, sudah setahun saya menggunakan pendakap gigi dan ramai melihat perubahan gigi dan pada masa sama wajah saya juga berubah, lebih cengkung kata orang," selorohnya.Namun, beritahu Dayang dia cukup berpuas hati apabila ramai memberikan respons positif mengenai perubahan wajahnya yang semakin runcing."Tujuan utama saya adalah untuk membetulkan gigi, tetapi tak sangka pula wajah saya turut mendapat pujian rakan kononnya dah runcing," tuturnya.Dalam perkembangan lain, Dayang baru sahaja selesai merakamkan lagu tema drama bersiri Dahlia (Astro Mustika) berjudul Bisikan Rindu.Penyanyi itu juga kini sedang membuat persiapan bagi persembahan khas di The Venue, Pavillion di sini pada 23 Jun depan.