suria

Elfaeza Belum Terfikir Cari Teman Lelaki

Elfaeza belum terfikir untuk mencari teman lelaki dan mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya.
Elfaeza belum terfikir untuk mencari teman lelaki dan mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya.
Elfaeza belum terfikir untuk mencari teman lelaki dan mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya.

KUALA LUMPUR: Pelakon yang berasal dari Singapura, Elfaeza Ul Haq belum terfikir untuk mencari teman hidup kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang di negara ini.

Elfaeza, 27, berkata, fokusnya kini adalah untuk memenuhi cita-cita selain membalas jasa kedua ibu dan bapanya yang telah banyak berkorban selama ini.

"Soal teman lelaki atau jodoh saya tidak fikirkan buat masa ini kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru sahaja menampakkan hasil.

"Masih banyak cita-cita yang ingin saya capai sebagai seorang pelakon dan saya tidak mahu kepercayaan yang diberikan oleh keluarga dan pihak produksi disia-siakan begitu sahaja," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada acara Amazing Red di The Weld di sini pada Rabu.

Aktres yang meraih populariti menerusi drama Adam & Hawa itu turut memberitahu sebagai anak rantau juga dia perlu membuktikan kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya.

"Saya orang luar dan masih banyak perkara yang perlu dibuktikan kepada peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, Elfaeza turut mengakui setakat ini tiada lelaki yang cuba mendekati dirinya dan menolak tanggapan bahawa dirinya sombong atau sukar didekati.

Sebaliknya Elfaeza memberitahu, kesibukannya dilokasi menyebabkan dia jarang bergaul dan banyak menghabiskan masa di Singapura sekiranya tidak terikat dengan jadual penggambaran.

"Mungkin kerana saya jarang keluar untuk bersosial dengan teman-teman menyebabkan tiada lelaki yang mendekati saya tambahan pula saya sering sibuk dengan pelbagai projek lakonan," katanya.

Bagaimanapun kata Elfaeza, dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki tempatan dan menganggap ia sebagai takdir daripada Allah.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan kerjayanya, Elfaeza berkata, dia bakal muncul dengan drama bersiri Mukhlis bersama Sharnaaz Ahmad untuk siaran RTM dan ia adalah peranan utama pertama buatnya.

Selain itu, dia juga sedang menjalani penggambaran sebuah program untuk siaran bulan Ramadan berjudul Awesome Music Group.

Artikel Lain