suria

'Thunder In The East 2013' Satukan Empat Kumpulan Rock Lagenda

Loudness
Loudness
Loudness

KUALA LUMPUR: Empat band terbesar Asia iaitu Loudness, Search, Slank dan Rusty Blade bakal beraksi di atas satu pentas dalam satu konsert Thunder In The East 2013 pada 30 Jun depan.

Pengarah Clockwork Event Malaysia, Shamil Yusof berkata, gabungan empat band Asia ini menjanjikan kehebatan muzik heavy metal dan rock & roll era 80-an yang tidak pernah padam.

"Ia bukan angan-angan lagi dan empat band tersohor ini bakal beraksi di konsert yang bakal bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

"Nama konsert ini juga diambil daripada judul album kelima Loudness yang diterbitkan pada 1985," katanya.

Tambahnya, pemilihan Search dalam konsert ini bertepatan dengan status mereka sebagai band rock nombor satu negara.

"Search akan berkongsi nostalgia dengan lagu-lagu era 80-an dan hanya boleh membawakan lagu-lagu dari album kelima mereka iaitu Karisma ke bawah.

"Maksudnya, selain Karisma, mereka akan membawa lagu dari album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Fenomena yang diterbitkan pada tahun 1985 hingga 1989," katanya.

Sementara itu, band Slank dan Ruste Blade daripada Indonesia dan Singapura adalah populariti kedua-dua band tersebut di negara masing-masing.

Gabungan empat band lagenda ini bakal mengegar dan mengubat kerinduan peminat-peminat rock tempatan.

Tiket boleh didapati di www.tiketpro.com.my atau hubungi 0378807999.

Pembelian awal bermula 10 Mei hingga 31 Mei akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus.

Artikel Lain