Dita Von TeeseAKTRES dan juga pereka fesyen terkemuka Dita Von Teese menggunakan banyak produk kecantikan wajah dan rambut agar sentiasa tampil glamor.Menurut laporan portal Female First, Dita tidak sanggup membiarkan wajahnya kosong tanpa sebarang produk diletakkan pada wajahnya sebelum keluar rumah. "Tiga? Tidak... saya mempunyai lebih kurang 300 jenis produk muka, rambut serta untuk tubuh badan saya."Selain itu saya juga menjaga setiap keperluan dan persiapan di set penggambaran atau mana-mana majlis sendiri. Tidak perlu pembantu peribadi di sebelah," katanya.Tambah Dita, dia percaya solekan wajah juga mampu memberi impak tersendiri terhadap individu yang melihat aura keyakinan dirinya."Saya seronok ketika dalam proses bersiap, kepuasannya sangat unik rasanya," seloroh Dita.