Tasha (kiri) dan Syed Shamim menunjukkan album mereka.KUALA LUMPUR: Bintang yang popular menerusi YouTube, Tasha Manshahar dan Syed Shamim mendapat sokongan penuh daripada keluarga masing-masing untuk bergelar artis walaupun mereka masih menuntut di pusat pengajian tinggi.Muncul sebagai pasangan duet, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 21, berkata, walaupun agak sukar untuk membahagikan masa antara pelajaran dan karier nyanyian tetapi mereka semakin bijak mengatur jadual supaya dapat mengimbangi rutin harian mereka. "Keluarga sangat menyokong tetapi meletakkan syarat supaya tidak mengabaikan pelajaran sekiranya mahu bergelar artis."Walaupun mampu mengimbangi kedua-dua bidang itu namun pelajaran tetap diutamakan," katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran ‘single’ mereka iaitu Be Mine dan Cuba Teka di Hard Rock Cafe di sini pada Rabu.Tasha dan Syed Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 20 sedang menuntut di Institut Perguruan, Kampus Ilmu Khas, Cheras di sini.Tasha mengambil pengajian Bahasa Inggeris manakala Syed Shamim pula pelajar jurusan muzik di institut berkenaan.Kedua-dua mereka mula dikenali menerusi lagu Mr. Saxobeat dan Be Mine yang mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 40,000 penonton dalam masa empat hari di YouTube.Sehingga kini, video berkenaan telah mencacat lebih sejuta tontonan di laman tersebut.Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak menyangka lagu ciptaannya itu mendapat sambutan hebat daripada pendengar sehingga dilamar syarikat rakaman FMC untuk merakamkan album."Sebelum ini kami hanya menganggap nyanyian dan mencipta lagu hanya sebaga hobi tetapi tidak sangka ramai yang meminati kami," katanya.Sementara itu, Syed Shamim berkata, dia bertemu dengan Tasha di universiti dan keserasian di antara mereka telah mendorong kepada kerjasama itu.Memilih untuk tampil berduet, Syed Shamim berkata, itu adalah kelainan yang ingin ditampilkan mereka sebagai artis."Sudah terlalu ramai artis solo jadi kami ingin beri kelainan dan ia nampaknya mula diterima ramai. Malah ramai yang memberikan reaksi positif tentang gandingan kami," katanya.Bagaimanapun kata Syed Shamim, hubungan yang terjalin di antara mereka adalah profesional dan tidak terfikir untuk bercinta buat masa ini."Kami kawan baik yang mempunyai visi dan objektif sama tetapi bukan pasangan kekasih," ujarnya yang memberitahu akan muncul dengan album penuh pada penghujung tahun ini.Pada majlis sama, Tasha turut dilantik sebagai duta produk Shopie Secret and Beauty.