suria

ALBUM BARU: 'To Be Loved' Penghormatan Michael Buble

Album terbaharu Buble berjudul To Be Loved kini berada di pasaran.
Album terbaharu Buble berjudul To Be Loved kini berada di pasaran.
Album terbaharu Buble berjudul To Be Loved kini berada di pasaran.

ARTIS: Michael Buble

ALBUM: To Be Loved

EDARAN: Warner Music

PENYANYI yang terkenal dengan muzik dan gaya nyanyian klasik iaitu Michael Buble tampil dengan album terbaharu berjudul To Be Loved yang menyaksikan dia memberi 'tribute' atau penghormatan kepada ramai penyanyi legenda seperti Frank Sinatra, Michael Jackson, Bee Gees dan Elvis Presley.

Menampilkan 14 buah lagu termasuk empat buah karya terbaharu, Buble tampil matang daripada segi susunan muzik dan kemantapan vokalnya menerusi album keempatnya itu.

Pembukaan album To Be Loved itu dimulakan dengan lagu nyanyian asal The Jackson 5 iaitu Who's Loving You. Tidak mahu mengikut gaya asal penyanyinya iaitu Michael Jackson, Buble mengalunkan lagu popular itu mengikut vokal klasiknya dan ia pemilihan tepat sebagai pembukaan album tersebut.

Bagaimanapun agak kecewa apabila Buble memilih It's A Beautiful Day sebagai ‘single’ pertamanya kerana melodinya kedengaran sama seperti lagunya sebelum ini berjudul Haven't Met You Yet.

Selain itu, lagu duet Buble bersama pelakon Reese Witherspoon menerusi Something Stupid juga seolah-olah tidak menjadi dan paduan suara mereka tidak sesuai.

Lagu klasik nyanyian asal Frank dan Nancy Sinatra itu hanya sekadar untuk menarik perhatian pembeli dengan populariti pelakon terkenal itu.

Antara lagu lain dalam album tersebut adalah To Love Somebody, Nevertheless I’m In Love With You, To Be Loved dan Have I Told You Lately.

Kemuncak album tersebut pastinya pada lagu Young At Heart yang memperlihatkan kekuatan vokal Buble cukup menyerlah berserta susunan muzik mengagumkan.

Malah di antara ramai penyanyi yang pernah merakamkan semula lagu Frank Sinatra itu versi Buble boleh dikatakan antara yang terbaik.

Meskipun banyak lagu yang dinyanyikan semula dalam album tersebut, namun Buble seperti mana sebelumnya nyata tidak mengecewakan dengan kemantapannya sebagai penyanyi dan pemuzik.

Ia adalah sebuah album yang sangat menyenangkan menerusi muzik klasik yang diberi nafas baru namun masih sesuai untuk didengar oleh pendengar.

Secara keseluruhannya, album tersebut sangat memuaskan dan peminat tidak akan kecewa.

Artikel Lain