Fizo OmarPETALING JAYA: Sebagai pelakon yang lebih tua, Fizo Omar melahirkan rasa terkilan dan menegur sikap pendatang baru Afiq Muiz kerana enggan memohon maaf terhadap ibunya, Hasliza Mohd, 48, berikutan krisis keluarga yang melanda mereka.Fizo, 28, berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing. "Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa."Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu," tegas Fizo kepada mStar Online pada Khamis.Terdahulu, mStar Online pada 14 Mei lalu membuat pendedahan eksklusif luahan hati ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka.Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18.Tambah Fizo, status Afiq sebagai selebriti yang menjadi idola masyarakat juga sedikit sebanyak boleh merosakkan pemikiran anak muda yang mungkin akan mengikut kelakuannya itu.Dalam pada itu, Fizo berkata, Afiq perlu ingat bahawa dia masih belum berjaya sebagai pelakon dan kerjayanya mungkin tertutup jika dia tidak menjaga hati ibunya semula kerana perbuatannya itu turut membuatkan hati masyarakat tersinggung."Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang,” jelas Fizo.Sementara itu, ditanya bagaimana Fizo melayan ibunya Hasnah Jidin, 53, ujar Fizo, dia akan mencium dan bersalaman dengan wanita itu setiap kali untuk keluar rumah bagi mencari rezeki.Malah Fizo juga akan meluangkan masa bersama ibu yang tinggal bersamanya di Kuala Lumpur walaupun sibuk dengan kerja-kerja lakonan dan perniagaan."Saya bukannya nak tunjuk baik kerana saya pun mempunyai sikap nakal juga. Cuma sebagai anak, kita perlu meletakkan ibu di tempat paling atas melebihi segala-galanya."Jangan kecilkan hati mereka. Kita kena terima hakikat bahawa orang tua mudah terasa hati. Perlu diingat, mereka tidak inginkan wang kita melainkan masa yang diluangkan bersama."Nilai wang yang kita beri kepada mereka tiada tandingnya berbanding apa yang telah dilakukan sejak mengandungkan kita lagi," ujarnya.Fizo juga mengakui pernah berlaku perselisihan faham di antara dia dan ibunya tetapi dia akan bertindak meminta maaf agar masalah yang berlaku dapat selesai dengan baik.Dalam pada itu, kata Fizo, jika diberi pilihan antara ibu atau kekasih, dia sanggup mengetepikan kekasih demi seorang ibu."Agama Islam sendiri sudah menetapkan jika kita sudah beristeri, ibu tetap menjadi keutamaan, barulah isteri kita. Maka, kalau diberi pilihan sama ada kekasih atau ibu, saya sanggup meninggalkan kekasih demi ibu. Jika ibu tidak menyukai kekasih kita pasti ada sebab-sebabnya, kerana mereka lebih tahu."Lagi satu saya nak kongsi, mungkin orang tidak sedar, doa ibu kepada anak akan dimakbulkan Allah walau seteruk mana sekalipun perangan ibu itu."Dahulu saya pernah susah, gaji pun tidak seberapa, tetapi masih mampu memberikan sedikit wang kepada ibu. Dan selepas itu semestinya ibu akan mendoakan buat anaknya agar berjaya pada masa akan datang."Alhamdulillah, berkat doa ibu, saya masih kukuh sebagai pelakon dan pada masa sama sudah memiliki 30 buah francais perniagaan burger (Hot Burger) di bawah syarikat saya F120 Enterprise.Tidak lama lagi saya akan membuka syarikat produksi menerbitkan drama pula, Insya-Allah," katanya.Dalam pada itu Fizo juga membuat perniagaan serunding bersempena sambutan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dan kini sedang mencari pengedar di seluruh Malaysia.Bagi sesiapa yang berminat, hubungi Yana di talian 010-9099191.