Miley berang dengan paparazzi. PENYANYI dan pelakon Miley Cyrus akhirnya hilang sabar terhadap paparazzi yang mengekorinya selepas berasa terjengkel dengan pertanyaan yang diajukan kepadanya.Ketika kejadian, Miley yang baru sahaja keluar daripada sebuah klinik di Beverly Hills memaki sekumpulan paparazzi yang bertanya adakah dia hamil. Miley membalas dengan kata-kata kasar sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka.Reaksinya itu telah menyebabkan lebih banyak spekulasi timbul apabila rakannya yang menjemput Miley turut tidak memberikan respon kepada pertanyaan itu.