Bill AzaliPETALING JAYA: Pelakon Bill Azali mengakui lebih selesa bergerak dan menguruskan kerjaya lakonan sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat pengurusan artis.Bill, 21, berkata, biarpun terpaksa bekerja keras namun dia berpuas hati dengan hasil titik peluhnya. "Walaupun lebih mudah bagi artis baru menaung dibawah syarikat pengurusan tapi saya memilih untuk bergerak sendiri."Bagi saya lebih selesa untuk mengaturkan jadual kerja mengikut masa sendiri," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Jelas Bill, dia sanggup menebalkan muka untuk bertemu dengan pengarah dan penerbit dalam mencari peluang untuk berlakon."Ya... bagi pelakon baru kita perlu berusaha lebih sebab orang tidak kenal dan tahu bakat kita."Strategi saya ialah sentiasa tebalkan muka untuk bertanya jika ada peluang berlakon atau tidak," katanya.Tambah bekas peserta rancangan Pilih Kasih ini, selepas tiga tahun berada dalam industri, rezekinya sebagai pelakon semakin bertambah."Alhamdulillah sekarang banyak tawaran dan ramai yang mula mengenali saya."Lebih-lebih lagi selepas drama Cinta Jangan Pergi, maklum balas sangat baik untuk cerita itu," katanya.Dalam perlembangan lain, Bill akan menjayakan drama terbaru berjudul Dewi Lasak di bermula 26 Jun ini, pukul 9 malam menerusi slot Aksi di TV3.