suria

Amanda Bynes Diusir Hotel Kerana Ganja

Amanda Bynes
Amanda Bynes
Amanda Bynes

SEKALI lagi Amanda Bynes berhadapan dengan masalah apabila dia telah dihalau dari Hotel Ritz Carlton New York tempat penginapannya gara-gara didapati menghisap ganja.

Menurut laporan portal Dailymail, pelakon berusia 27 tahun itu bukan sahaja menghisap ganja tetapi turut bertindak kasar terhadap pekerja hotel tersebut.

"Kehadiran Amanda di hotel itu seperti mimpi buruk buat pekerja di sana. Baru saja daftar masuk, bilik hotel yang disewa sudah berbau ganja.

"Walaupun pelbagai minyak wangi disembur dalam bilik itu, ia tetap berbau busuk. Malah Amanda turut bersikap kurang ajar dengan pekerja di sana," kata sumber.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan kenyataan Amanda, wanita itu nafi dirinya diusir pihak hotel sebaliknya dia keluar dari hotel itu atas kemahuannya sendiri.

Artikel Lain