Datin Nora Shamsuddin bersama komposer Adnan Abu Hassan -foto Facebook milik Nora ShamsuddinPETALING JAYA: Pelakon era 80-an, Datin Nora Shamsuddin, 54, terkilan apabila wang sebanyak RM50,000 yang mahu didermakan kepada anak-anak yatim dicuri pembantu rumahnya.Laporan Harian Metro, beliau hanya mengetahui kehilangan wang itu pada Rabu lalu sebelum pasangan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Heri dan Viji melarikan diri. Wang tersebut disimpan didalam bilik tidurnya selepas diambil dari bank seminggu lalu untuk kegunaan Ramadan dan meraikan anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan."Selepas mendapati wang itu hilang, saya maklumkan kepada ibu dan pasangan pembantu rumah ituyang berada di ruang tamu dan riaksi mereka seperti kurang senang."Sebaik megetahu perbuatan mereka terbongkar, mereka melarikan diri," katanya.Menurutnya, sebelum itu, dia bercadang memanggil polis untuk membuat siasatan berhubung kehilangan wang itu, namun pasangan itu terlebih dahulu melarikan diri.Beliau yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sikit Punya Gila, Dendam Dari Pusara, Darah Satria dan Aku Yang Berhormat berkata, kejadian ini merupakan pertama kali terjadi selepas beberapa bulan pasangan itu bekerja dengannya.Tambahnya, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya pada Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Kominsioner Yahaya Ramli mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.