suria

Mimi Loma Masih Cergas Pada Usia 67 Tahun

Mimi Loma memberitahu kehidupannya kini lebih tertumpu kepada tanggungjawab sebagai seorang Islam dan nenek kepada cucu-cucunya.
Mimi Loma memberitahu kehidupannya kini lebih tertumpu kepada tanggungjawab sebagai seorang Islam dan nenek kepada cucu-cucunya.
Mimi Loma memberitahu kehidupannya kini lebih tertumpu kepada tanggungjawab sebagai seorang Islam dan nenek kepada cucu-cucunya.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma masih mampu memandu kereta pada usianya yang sudah mencecah 67 tahun untuk menjalankan aktiviti seharian.

Mimi atau nama sebenarnya Aminah Ismail berkata, dia bersyukur diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dan mampu menguruskan dirinya sendiri.

"Alhamdulillah masih 'steady' bawa kereta untuk hantar cucu-cucu saya ke sekolah selain keluar untuk membeli barang harian dan bersiar-siar.

"Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan orang lain dan mahu bergantung kepada diri sendiri," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, adik kepada Allahyarham Puan Sri Saloma dan Mariani ini berkata, sudah menjadi sifatnya yang tidak suka duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa dan sentiasa mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti.

"Saya jenis orang yang tidak suka duduk diam dan pada pendapat saya pada usia emas macam saya ni kita tidak boleh terlalu manjakan diri dan perlu bergerak aktif.

Ditanya mengenai tip kesihatan yang diamalkannya, Mimi berkata, selain menjaga makanan dia juga akan memastikan amal ibadat sentiasa dijaga dengan sempurna.

Sementara itu, Mimi berkata dia kini tidak lagi menyanyi secara aktif dan hanya menerima undangan pada jamuan tertentu sahaja.

"Bagi saya, hidup saya kini lebih banyak tertumpu kepada tanggungjawab sebagai seorang Islam dan nenek kepada cucu-cucu saya," katanya.

Artikel Lain