AsmidarPETALING JAYA: Penyanyi Asmidar berasa janggal untuk menyambut Aidilfitri pada kali ini kerana tidak dapat menyambut bersama kekasihnya, Izzat Amin, 28, yang telah meninggal dunia pada akhir tahun lalu.Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad, 27, berkata, kematian kekasihnya akibat kemalangan jalan raya itu memberikan impak yang besar memandangkan mereka sudah pun menjalinkan hubungan selama tujuh tahun. "Walaupun kami beraya dengan keluarga masing-masing, pemergian dia tetap membuatkan saya berasa sunyi dan sedih."Kalau tidak, ada sahaja cerita raya yang kami kongsi bersama. Sekarang ini ia menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," katanya.Tambah Asmidar, walaupun masih sukar melupakan momen beraya bersama, dia tetap akan terus pandang ke hadapan meneruskan kehidupan dan cuba serasikan diri dengan suasana yang baharu pula.Ditanya adakah dia sudah membuka hatinya kepada lelaki lain yang ingin mendekatinya pula, Asmidar berkata, dia masih lagi belum bersedia untuk menerima kehadiran orang baharu di hatinya.Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, keluarga penyanyi itu mengenakan baju bertemakan rona merah.Bagaimanapun, yang membuatkan penyanyi kelahiran Kampung Gadik, Melaka itu lebih berdebar apabila dia bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaharu berjudul Bila Cinta Ada selepas Aidilfitri nanti."Dalam kesibukan persiapan raya bersama keluarga, saya juga berdebar menantikan reaksi peminat terhadap single lagu ketiga saya itu."Risau juga nak tahu penerimaan peminat-peminat. Saya harap lagu baharu kali ini memberi kelainan dan ianya lebih baik daripada sebelum ini," tuturnya.