Haliza Misbun PETALING JAYA: Pelakon Haliza Misbun tidak pernah berasa sunyi dalam menjalani kehidupannya yang masih solo ketika usia sudah mencecah 40 tahun.Haliza berkata, dia sentiasa teruja, bersemangat dan lebih matang berhadapan dengan segala hal kehidupan dan kerjayanya. "Saya seronok dan sentiasa menikmati kehidupan solo dengan pelbagai aktiviti. Saya dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga dan anak-anak buah."Setakat ini belum timbul rasa sunyi dalam menjalani hidup sendirian ini," katanya kepada mStar Online.Bagaimanapun, Haliza berkata dia tidak menolak jika ada lelaki yang ikhlas untuk berkahwin dengannya."Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas, saya akan menerimanya. Saya dah bersedia untuk berkahwin."Kalau dulu memang saya agak memilih tapi sekarang saya tidak kisah sama ada orang tempatan atau luar negara,"katanya.Haliza sebelum ini pernah digosipkan pernah mempunyai hubungan dengan lelaki dari luar negara termasuk pelakon Indonesia, Ari Wibowo.Sementara itu, Haliza akan melancarkan novel pertamanya berjudul Cinta Rimau hasil penulisannya selama menyepi daripada dunia hiburan.Selain itu, dia juga bakal menerbitkan sebuah program khas untuk wanita iaitu Citra Wanita di RTM."Masa saya menyepi daripada berlakon saya banyak mencurahkan karya saya melalui penulisan."Novel ni bukan tentang diri saya tapi ia sebuah novel fiksyen dan mistik", katanya.