suria

Liyana Jasmay Tetap Berperangai 'Gila-Gila'

Liyana Jasmay
Liyana Jasmay
Liyana Jasmay

PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay mengakui dirinya masih lagi bersikap 'gila-gila' walaupun sudah mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, pada 2 Februari lalu.

Liyana berkata, perubahan statusnya sebagai isteri tidak pernah mengubah personalitinya, namun dia tetap menjaga batas-batas agar tidak mencalarkan nama baik suaminya itu.

"Alhamdulillah, seronok hidup berumah tangga. Lebih senang untuk ke mana-mana sahaja dan yang penting saya masih seperti dahulu, seorang yang gila-gila.

"Dan kalau nak tahu suami saya pun jenis gila-gila tau. Dia juga seorang yang kelakar dan sering buat lawak. Tapi orang lain tak nampak. Hanya dengan saya sahaja dia berkelakuan begitu," katanya.

Bercerita mengenai sambutan raya pula, Liyana berkata perancangan sambutan Syawal buat mereka sangat mudah memandangkan ibu dan bapa mereka berjiran.

"Keluarga saya dan suami berjiran, jadi tidak ada masalah nak beraya di rumah mana dahulu.

"Pada pagi raya, kami beraya di Kemensah dan pada sebelah petang pula, kami ke Melaka. Manakala pada raya kedua, kami akan disambut di Kuala Pilah (Negeri Sembilan),” ujar Liyana yang mengenakan pakaian sedondon dengan suami berwarna hitam dan ungu.

Sementara itu sempena sambutan Syawal, Liyana muncul dalam program Oh Kampungku di TV9 yang menceritakan pengalaman dia masuk ke kampung dan membuat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh orang kampung sebelum meraikan l lebaran.

Liyana akan membuat kuih baulu secara tradisional, masuk ke kebun dan mencari buluh untuk dibuat lemang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain