PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mula mengajar anaknya iaitu Engku Aleesya Engku Emran yang berusia empat tahun untuk belajar membuat keputusan sendiri dalam sesuatu perkara.Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 39, berkata, dia ingin mendidik anaknya itu sebagai seorang yang berdikari dengan membuat keputusan bijak apabila besar kelak. "Kalau boleh saya mahu Aleesya tahu erti berdikari dan pandai membuat keputusan dalam hidupnya."Jadi pada awal usia muda sebegini saya sudah mengajar dia membuat keputusan sendiri. Tetapi tidaklah mengajarnya secara drastik."Sebagai contoh dalam pemilihan baju yang dipakai, saya memberi dia dua atau tiga pilihan, kemudian dia yang akan pilih baju apa yang diinginkannya," katanya kepada mStar Online. . Tambah Erra, sehingga kini dia cukup gembira apabila melihat Aleesya semakin faham dengan setiap tindakan yang dibuatnya.Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya pula, Erra hanya menyambut secara sederhana."Raya saya setiap tahun sederhana sahaja. Cuma Aleesya saja yang lebih teruja, biasalah kanak-kanak."Tetapi apa yang menggembirakan saya, perniagaan hamper yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan."Alhamdulillah, ia adalah peningkatan saya dalam perniagaan ini dan mungkin akan dikembangkan lebih meluas lagi pada tahan depan, Insya-Allah," tuturnya.Dalam perkembangan lain, Erra telah pun berangkat ke beberapa negara Eropah pada sambutan raya ketiga lalu bagi menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem arahan Erma Fatima.Erra bersama Umie Aida, Elfira Loy dan Baim Wong akan berada di sana selama dua minggu.