suria

Farawahida Berdebar Kahwin Hujung Tahun Ini

PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida mengakui berasa berdebar menantikan detik perkahwinannya yang dijangka pada Disember tahun ini.

Farawahida, 28, berkata, majlis pernikahan akan berlangsung di Taiping, Perak manakala acara bersanding akan diadakan pada sebelah malam.

"Saya dan kekasih sudah lapan tahun bersama, jadi kami rancang untuk kahwin terus tanpa perlu mengikut adat untuk merisik atau bertunang.

"Bagaimanapun saya tetap berdebar untuk melalui detik bahagia itu. Doakan kami dijodohkan bersama pada hujung tahun ini ya," katanya

Tambah pelantun lagu popular Tanpamu itu, buat masa ini dia enggan mendedahkan siapa identiti lelaki tersebut sehinggalah pada hari perkahwinannya nanti.

"Apa yang boleh saya katakan, dia seorang lelaki bukan kepunyaan sesiapa berusia 29 tahun dan kini bekerja di sebuah pusat perubatan.

"Pada masa sama dia juga sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah pula,” ujarnya.

Beritahu Farawahida lagi, sambutan Aidilfitri pada tahun ini lebih diberi fokus dalam persiapan perkahwinannya selain perlu menjalani kursus perkahwinan di bulan Syawal.

Artikel Lain