suria

Yazid (Search) Di HKL Selepas Rebah Sabtu Lalu

Yazid (kanan) kelihatan ceria disamping rakan-rakan yang melawatnya di Hospital Kuala Lumpur pada Rabu.
Yazid (kanan) kelihatan ceria disamping rakan-rakan yang melawatnya di Hospital Kuala Lumpur pada Rabu.
Yazid (kanan) kelihatan ceria disamping rakan-rakan yang melawatnya di Hospital Kuala Lumpur pada Rabu.

PETALING JAYA: Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan ke dua buah hospital selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga iaitu Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah berkata, keadaan Yazid bagaimanapun stabil selepas dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama.

"Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi mStar Online yang melawat Yazid di HKL di sini pada Rabu.

Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, keadaan Yazid yang rebah itu dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak terkawal pada musim perayaan Aidilfitri.

"Pesakit buah pinggang ini biasalah ada pantang larang dan jika terlebih ambil makanan atau minuman ia akan memberi kesan. Bagaimanapun keadaan Yazid stabil dan sedang berehat di hospital," jelasnya.

Sementara itu, Ahmad berkata, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia iaitu Datuk DJ Dave turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada Yazid selain bertanya khabar.

Antara artis yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Nash (Lefthanded), Mas Omar dan pemuzik Aznan Alias.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Yayasan Artis 1Malaysia bagi mencari jalan untuk membantu Yazid bagi meringankan bebannya untuk menanggung kos rawatan dialisis yang tinggi.

Artikel Lain