Amanda Seyfried foto Digital SpyKEPUTUSAN aktres Amanda Seyfried untuk berlakon dalam filem Lovelace yang dikatakan sebagai sebuah filem porno mengejutkan banyak pihak.Malah dia juga bimbang keputusan tersebut bakal menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon. "Watak ini adalah yang paling berisiko sepanjang kerjaya saya sebagai pelakon. Saya juga bimbang ia akan menghancurkan kerjaya saya," katanya seperti dipetik daripada Digital Spy.Bagaimanapun, tambahnya, dia seronok melakukan adegan dalam filem tersebut."Saya suka filem tersebut namun saya yakin peminat-peminat saya tidak suka dengan lakonan itu," katanya.Filem tersebut juga bakal dibintangi oleh James Franco dan Adam Brody.