suria

Sentuhan Piano Tengku Irfan Bakal Warnai Dewan Filharmonik

Tengku Irfan bergandingan dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang dipimpin oleh pengarah muzik, Claus Peter Flor dalam sebuah konsert gala bagi meraikan sambutan ke 15 tahun orkestra berkenaan.
Tengku Irfan bergandingan dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang dipimpin oleh pengarah muzik, Claus Peter Flor dalam sebuah konsert gala bagi meraikan sambutan ke 15 tahun orkestra berkenaan.
Tengku Irfan bergandingan dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang dipimpin oleh pengarah muzik, Claus Peter Flor dalam sebuah konsert gala bagi meraikan sambutan ke 15 tahun orkestra berkenaan.

PETALING JAYA: Pemain Piano berusia 15 tahun iaitu Tengku Ahmad Irfan bakal bergandingan dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang dipimpin oleh pengarah muzik, Claus Peter Flor dalam sebuah konsert gala sempena sambutan ke 15 tahun orkestra berkenaan.

Menurut satu kenyataan daripada MPO, kolaborasi tersebut merupakan gandingan mereka kali keempat sejak tahun 2009 ketika Tengku Irfan berusia 11 tahun.

"Acara itu bakal mengimbau detik bersejarah kerana ia merupakan gandingan kali keempat mereka di atas pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan ia akan menjadi sebuah persembahan yang hebat," kata kenyataan itu kepada mStar Online.

Konsert Gala tersebut bakal membuka tirai pada Sabtu ini untuk tetamu jemputan sementara pada Ahad untuk orang ramai. Ia akan diadakan DFP Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Tambah istimewa, Tengku Irfan bakal mempersembahkan komposisinya tersendiri yang dicipta khas untuk konsert berkenaan berjudul Hikayat Fantasy Overture.

Karya tersebut menyerlahkan elemen muzik tradisional Melayu bagi mencetuskan suasana fantasi dan misteri selain bakal mengalunkan karya ciptaan Prokofiev berjudul Concerto for Piano No.2, salah sebuah simfoni yang paling sukar dalam repertoire piano.

"MPO juga bakal mempersembahkan karya-karya seperti We Are One (ciptaan Datuk Mokhzani Ismail) dan Rosenkavalier Waltzes (ciptaan Strauss), sekali gus menghangatkan lagi keraian malam itu nanti," tambah kenyataan itu lagi.

Tengku Irfan yang mula berjinak-jinak dengan bermain piano seawal usia 7 tahun pernah melakukan kolaborasi dengan konduktor hebat seperti Neeme Jarvi (di Estonia), Darius Mikulski dan Thailand Philharmonic Orchestra serta pemain piano Yoheved Kaplinsky di Aspen Music Festival pada tahun 2012.

Dia juga pernah memenangi 'ASCAP Morton Gould Young Composers Award' dan 'Charlotte Bergen Award' pada tahun 2012 untuk karya ciptaannya String Quartet No.1.

"Tengku Ifran juga telah memenangi tempat pertama di 'Prokofiev Piano Concerto No.2 Competition' di Aspen Music Festival 2013. Karyanya baharu sahaja dipersembahkan oleh New York Philharmonic.

"Kini, dia sedang menuntut dalam bidang khusus ‘piano and composition’, dan juga ‘conducting’ di Juilliard Pre-College, New York," kata kenyataan itu.

Penonton yang ingin menyaksikan persembahan hebat itu boleh berbuat demikian dengan membeli tiket untuk persembahan pada hari Ahad pada pukul 3 petang di Menara Berkembar Petronas.

Tiket dijual pada harga RM250, RM180, RM130 dan RM90. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-20517007 atau layari laman web MPO/DFP: www.mpo.com.my.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain