BINTANG Hollywood iaitu Vin Diesel bengang apabila khabar angin mengatakan dirinya seorang pengamal homoseksual.Menurut laporan portal Flicksandbits, tuduhan itu menjadi hangat apabila dia tidak pernah dilihat keluar bersama mana-mana wanita selain sering menyembunyikan hal peribadinya. "Saya bukan seorang aktor yang suka tampil di majalah dengan berita-berita yang penuh dengan teka-teki."Tetapi saya mengamalkan sikap diam seperti Harrison Ford, Marlon Brando, Robert De Niro dan Al Pacino. Dan saya buka seperti yang disangka (gay)," katanya.Bintang filem Riddick itu menambah, dia sebeloh-bolehnya mengelak daripada menjadi perhatian umum mengenai kehidupan peribadinya