suria

Nick Carter Rasa Bersalah Atas Kematian Adik

Nick mengakui masih dihantui rasa bersalah atas kematian adik perempuannya pada Februari tahun lalu.
Nick mengakui masih dihantui rasa bersalah atas kematian adik perempuannya pada Februari tahun lalu.
Nick mengakui masih dihantui rasa bersalah atas kematian adik perempuannya pada Februari tahun lalu.

ANGGOTA kumpulan Backstreet Boys iaitu Nick Carter mengakui masih dihantui rasa bersalah atas kematian adik perempuannya iaitu Leslie Carter pada Februari tahun lalu.

Menerusi wawancara bersama Dr Phil, Nick berkata, dia berasa demikian kerana gagal menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang abang semasa adiknya itu menghadapi masalah ketagihan dadah.

"Sehingga kini saya rasa bersalah kerana sebagai abang sulung saya gagal menyelamatkan nyawanya daripada terus terjerumus dengan dadah sehingga menyebabkan kematiannya," katanya seperti dilaporkan oleh Daily Mail.

Tambah Nick, perasaan itu semakin menebal apabila ahli keluarganya yang lain turut meletakkan kesalahan itu di atas bahunya.

Kata Nick, keluarganya yakin jika Nick memberikan perhatian kepada masalah adiknya itu, Leslie masih lagi hidup.

"Bayangkan apabila semua ahli keluarga meletakkan semua beban dan kesalahan itu di bahu saya dan perasaan sedih itu sukar saya gambarkan," katanya.

Nick turut mengakui, hubungannya dengan Leslie tidak begitu rapat sebelum kematiannya dan dia sendiri berhadapan dengan masalah ketagihan alkohol dan dadah seperti adiknya itu.

Bagaimanapun Nick berjaya mengubah tabiah tersebut dan kembali dengan kehidupan normal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain