suria

Pengisian Berbeza, Teater 'Maduku Kalut' Menghiburkan

Teater Maduku Kalut Sedang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya sejak 27 September lalu dan akan berakhir pada 30 September ini.
Teater Maduku Kalut Sedang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya sejak 27 September lalu dan akan berakhir pada 30 September ini.
Teater Maduku Kalut Sedang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya sejak 27 September lalu dan akan berakhir pada 30 September ini.

PERCUBAAN pihak Mask Team mengangkat isu suami berpoligami menerusi teater Maduku Kalut barangkali bukan lagi sesuatu yang cukup untuk menarik minat penonton terutamanya golongan muda untuk menonton.

Teater yang membariskan pelakon popular seperti Izzue Islam, Jihan Musa, Nad Zainal, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nazurah Hanoom itu bagaimanapun nyata cukup menghiburkan dengan olahan berbeza berdasarkan tema dan konsep yang pada sesetengah mungkin menganggap ia membosankan.

Pengarahnya, Muhammad Azhar Zainal telah menyuntik elemen komedi dalam teater berkenaan bagi menghidupkan jalan ceritanya selain penekanan terhadap jalinan cerita yang perlu disampaikan dalam masa 90 minit.

Tidak hanya itu, momentum Maduku Kalut juga dibuat tidak terlalu perlahan dan tidak membiarkan penonton berasa bosan dengan pelbagai 'punch line' daripada para pemain di atas pentas.

Selain penekanan terhadap skrip, pengucapan dialog juga turut dibuat penambahan oleh para pelakon agar sesuai dengan situasi selain persembahan watak agar elemen komedi yang diketengahkan bertambah hidup.

Maduku Kalut mengisahkan pemandu teksi, Suhaimi berkahwin dua tanpa pengetahuan isterinya. Kekalutan mula berlaku apabila Suhaimi (Izzue) mengalami kemalangan dan menghadapi masalah apabila tidak mengingati banyak perkara.

Sewaktu polis mahu mendapatkan keterangan, dia tersalah memberi alamat rumah isteri keduanya kepada pihak hospital tetapi meminta pegawai polis membantunya membawa pulang ke rumah isteri pertama.

Di adaptasi daripada karya Inggeris popular Run For Your Wife karya Roy Cooney, yang mula dipentaskan kali pertama di West End, London, England pada 1983, teater Maduku Kalut sedang dipersembahkan di Lambang Sari Istana Budaya dari 27 hingga 30 September ini.

Dalam pada itu, kekuatan jelas pada teater berskala kecil ini adalah terletak pada para pelakonnya seperti Jihan dan Nad yang semenangnya bukan sekadar popular tetapi mempunyai latar belakang dalam bidang teater.

Persembahan kedua-dua aktres tersebut cukup menyakinkan terutamanya kepada watak Bibi lakonan Jihan dan dia tampak selesa ditambah dengan kelebihannya sebagai pelakon komedi.

Kehadiran mereka sebagai pelakon popular yang mencipta nama menerusi televisyen dan filem dalam teater ini dilihat dapat menjadi sebagai penyeri dan pelaris untuk memancing penonton.

Izzue pula walaupun masih baharu dalam bidang teater namun dia kelihatan bersahaja dan tidak kekok ketika bergandingan dua nama lain yang terlebih dahulu mencipta nama di pentas tersebut.

Bagiamanapun sebagai pendatang baharu, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki Izzue supaya lakonannya lebih mantap dan berdisiplin.

Jujurnya, peranan yang paling menonjol dalam teater Maduku Kalut ini adalah milik pengacara dan pelakon, Karl Shafek yang memegang watak lelaki lembut.

Peranan yang dipegang Karl sangat berkesan dan sentiasa membuatkan penonton ketawa dengan aksi dan kelincahannya yang memegang watak Amy Amiro.

Malah ada ketikanya peranan tersebut dapat mengingatkan penonton kepada watak Sam yang pernah dipegang oleh Imuda dalam sitkom 2+1 suatu ketika dahulu.

Maduku Kalut adalah sebuah naskah yang cukup baik dan bukan sebuah karya berat seperti mana teater-teater lain dan mampu menarik minat penonton dikalangan golongan muda.

Tiket masuk dijual pada harga RM35, RM55 dan RM85 untuk menyaksikan pementasan ini dan boleh didapati di AirAsiaRedTic.com atau di kaunter BoxOffice, Istana Budaya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain