suria

Artis Baharu Perlu Banyak Buat Kajian - Fauziah Latiff

Fauziah Latiff
Fauziah Latiff
Fauziah Latiff

KUALA LUMPUR: Penyanyi Fauziah Latiff menasihati agar artis baharu agar memiliki pengetahuan am yang tinggi termasuklah membuat kajian dan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai hal ehwal semasa dan juga bidang seni.

Fauziah, 43, atau lebih mesra dengan panggilan Jee berkata, ia penting sebagai persediaan sebelum mereka berhadapan dengan media atau khalayak supaya dilihat lebih bijak.

"Penting bagi seseorang artis baru untuk menyiapkan diri mereka dengan ilmu tentang industri hiburan tanah air. Kalau boleh, ambil tahu serba sedikit tentang artis-artis lama.

"Ketika zaman saya dahulu saya akan sentiasa buat research agar saya tahu apa yang ingin cakapkan kepada media. Saya juga bersedia dengan semua soalan kerana bagi saya setiap jawapan dan perkataan yang kita ucapkan itu akan melambangkan diri kita," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fauziah, ada segelintir artis baharu yang tidak bijak untuk membawa diri dalam industri dan gagal berkomunikasi dan memberi jawapan yang baik kepada media.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan terbaharunya, dia berkata lebih selesa dengan kehidupannya sekarang selain tidak pernah memikirkan untuk membuat kemunculan semula.

"Saya masih ada dalam industri cuma kurang publisiti atau buat persembahan di khalayak sahaja. Namun untuk aktiviti-aktiviti seni, saya sentiasa ada,” katanya.

Namun begitu, dia dalam perancangan untuk menghasilkan single baharu yang dijangka dilancarkan pada tahun hadapan.

Artikel Sebelum

Rambut Katie Holmes Beruban

Artikel Berikut

Artikel Lain