suria

Bella Dally Simpati Tuduhan Buruk Terhadap Nazim

Bella mengakui berasa kasihan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada kekasihnya aktor Nazim Othman. Foto RAYMOND OOI
Bella mengakui berasa kasihan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada kekasihnya aktor Nazim Othman. Foto RAYMOND OOI
Bella mengakui berasa kasihan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada kekasihnya aktor Nazim Othman. Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Dakwaan sesetengah pihak mengenai status aktor Nazim Othman yang dikatakan meminati kaum sejenis membuatkan kekasihnya, aktres Bella Dally berasa kasihan terhadap pelakon itu.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 22, berkata, dia tidak endah dengan gosip itu termasuklah tuduhan dia menjalinkan hubungnya semata-mata mahu menutup kisah sebenar Nazim.

"Saya tak pernah bengang apabila mendengar orang kata begitu kerana kami saling percaya di antara satu sama lain.

"Mungkin kerana kami tidak dilihat terlalu kerap bergambar dan kemudian memuatkannya dalam laman sosial membuatkan ada pihak merasakan hubungan cinta kami sekadar penipuan," katanya kepada mStar Online.

Tambah pelakon drama Dewi Lasak ini, dia juga enggan terlalu kerap menceritakan mengenai hubungan mereka kerana lebih berminat untuk peminatnya memberi perhatian terhadap bakat lakonannya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Sabah ini memberitahu dia dan Nazim belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Sekarang ini, kami mengejar cita-cita untuk menjadi pelakon yang bagus. Banyak perkara yang perlu diasah lagi sebelum nama kami kukuh dalam industri seni hiburan tempatan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bella baharu saja selesai penggambaran drama +1 untuk siaran TV9 dan drama Kalimah Jiwa untuk TV3.

Pelakon filem Seru ini juga bersyukur selepas empat tahun berada dalam industri, namanya mula dikenali selain mula mendapat kepercayaan daripada pihak penerbit drama dan filem.

"Bukan senang menempuh pelbagai cabaran dalam ingin mengukuhkan kerjaya sendiri. Bagaimanapun saya bersyukur, walaupun mengambil masa empat tahun, akhirnya saya dapat lihat perkembangan karier lakonan saya makin kukuh," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain