Diddy memberitahu nama Puff Daddy lebih sesuai dengan personalitinya. PENYANYI rap terkenal P Diddy mengesahkan kembali menggunakan nama pentas asalnya sebelum ini iaitu Puff Daddy kerana merasakan ia lebih sesuai dengan personalitinya.Diddy memberitahu The Mirror, nama tersebut yang digunakan sejak tahun 1990-an itu banyak menaikkan namanya sebagai penyanyi dan usahawan berjaya di Amerika Syarikat. "Sudah tiba masanya saya kembali kepada nama Puff Daddy kerana ia lebih sesuai dengan saya dan ia sesuai dengan personaliti saya," katanya.Pemilik nama sebenar Sean Jean Combs, 43, itu turut memberitahu, pelancaran saluran televisyen miliknya iaitu Revolt TV juga menjadi antara penyebab dia kembali menggunakan nama tersebut.