suria

Hazman & Snapshot Artis Baharu Suria Records

Hazman
Hazman
Hazman

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Hazman atau nama sebenarnya Syed Muhammad Hazman Syed Yusof memberitahu telah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak kecil bagi mencari laluan untuk memasuki bidang seni.

Hazman, 25, berkata, dia tidak mensia-siakan peluang untuk melakukan langkah pertama selepas menjuarai pertandingan anjuran majalah Media Hiburan dan menjadi artis di bawah syarikat rakaman Suria Record (SRC).

"Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah menyertai pelbagai pertandingan di sekitar Terengganu dan berharap mendapat peluang untuk mengetengahkan bakat yang ada dalam diri saya.

"Selepas memenangi pertandingan nyanyian Media Hiburan pada Jun lalu, saya bertekad untuk serius dan bekerja keras mencapai impian saya dan membuat keputusan berhenti kerja serta berhijrah ke Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Single pertamanya - Hazman dan Snapshot, di Redbox Ria, Sogo, di siji pada Isnin.

Pemuda kelahiran Terengganu ini mempertaruhkan single pertamanya berjudul Cinta Jangan Pergi ciptaan Epul (Drama Band).

Jelas Hazman, dia mempunyai kelebihan dalam menyanyikan pelbagai genre muzik termasuk tradisional dan rock.

"Saya banyak belajar teknik vokal bersama seorang guru vokal di kampung, dia banyak mengajar saya cara menyanyikan lagu tradisional dengan lenggok yang betul.

"Biarpun saya lebih menggemari muzik rock namun biarlah buat masa ini saya mengikut aliran semasa yang mana masyarakat lebih meminati muzik genre pop," katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama pasangan duo iaitu Imran (Muhamad Imran Aidi) dan Haizi (Rohaizi Izlah) yang menggelar diri mereka Snopshot turut melancarkan single pertama ciptaan mereka sendiri berjudul Kau Yang Satu.

Kedua-dua mereka yang baru berusia 21 tahun ini juga merupakan artis kelahiran YouTube sebelum memenangi pertandingan nyanyian majalah Media Hiburan.

Bagi Imran, peluang menjadi artis rakaman SRC tidak akan disia-siakan dengan mengembangkan lagi bakat yang ada untuk terus berada di bidang seni ini.

"Kami dulu hanya dikenali di laman YouTube dan banyak menyanyikan semula lagu-lagu daripada artis popular.

"Namun dengan platform yang diberikan ini, kami tidak akan mensia-siakan bakat kami," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan