suria

Zayn Malik Kahwini Perrie Tahun 2015

Zayn dan Perrie
Zayn dan Perrie
Zayn dan Perrie

SELEPAS dengan rasminya mereka bertunang, Zayn Malik dan Perrie Edwards kini memiliki rumah bersama namun belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan portal Dailymail, pasangan itu menunda pernikahan mereka sehingga tahun 2015 memandangkan jadual Zayn cukup padat dengan kerja-kerja seni muziknya.

Bagaimanapun Perrie sudah dapat membayangkan tema perkahwinan yang diinginkan di mana ia akan berlangsung di pantai.

"Saya rasa, kami akan bernikah di sebuah pantai di Barbados. Mungkin akan ada elemen budaya India untuk keluarga Zayn, saya suka itu," kata Perrie.

Perrie dan anggota kumpulan One Direction itu turut mengakui mereka tidak sabar untuk melalui kehidupan baharu sebagai sepasang suami isteri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain