Hafiz SuipPETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip enggan bercerita dan berkongsi tentang kisah cintanya kepada umum terutama kepada para peminatnya.Hafiz, 23, berkata, dia tidak mahu orang luar memberi persepsi negatif tentang keburukan atau kesilapan mana-mana pihak apabila sesebuah hubungan tersebut berakhir. "Kalau boleh saya tidak mahu masyarakat terutama peminat tahu tentang hubungan cinta saya, jika putus cinta pasti ada yang menyalahkan pihak-pihak lain."Saya tidak mahu ia menjadi besar dan masyarakat sendiri akan memberi persepsi buruk nanti," katanya kepada mStar Online.Hafiz yang turut mengakui baharu sahaja berpisah dengan teman wanitanya yang merupakan seorang pelajar kolej swasta, menganggap perkara tersebut merupakan perkara normal yang dilalui olah setiap manusia."Putus cinta adalah perkara biasa yang terjadi kepada semua orang dan ia juga adalah pengalaman."Saya tidak mahu orang buat spekulasi tentang kegagalan hubungan tersebut, sebab itu juga saya tidak mahu masyarakat mengenali wanita yang saya berkawan," katanya.Tambah Hafiz, dia tidak mahu bercinta sebaliknya memilih untuk terus berkahwin jika bertemu dengan pasangan yang sesuai."Susah untuk bahagikan masa kerjaya dan cinta, jika suatu hari nanti ada berputik cinta di hati saya, saya ingin terus berkahwin sahaja," ujarnya.Bagaimanapun, dia mengakui masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam jangka waktu terdekat ini bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya."Sekarang belum tiba masanya lagi, saya mahu stabilkan diri dan keluarga terlebih dahulu," tambahnya.