Alif mengakui kagum dengan pencapaian yang diraih Hafiz sebagai penyanyi.PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar mengakui dia mencemburui kejayaan Hafiz Suip yang dilihat begitu pantas mengukuhkan kedudukan sebagai salah seorang artis yang berjaya.Alif atau nama sebenarnya Alif Mohd Satar, 23, berkata, perasaan cemburu yang diluahkan itu bagaimanapun bukan satu perkara negatif sebaliknya kagum dengan pencapaian yang diraih penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiaku Deritamu itu. "Memang saya sangat mencemburui Hafiz tetapi dalam konteks yang positif. Kejayaan yang dimilikinya itu merupakan impian saya sejak berusia 16 tahun lagi."Saya rasa iri hati lebih-lebih lagi saya yakin bakat nyanyian yang ada ini mampu melakukan lebih baik," katanya kepada mStar online.Bagaimanapun tambah Alif, dia terpaksa akur bahawa rezekinya untuk meraih perhatian dan populariti daripada peminat masih belum tiba.Dalam pada itu, Alif tertanya-tanya apabila sehingga kini karier nyanyiannya masih belum stabil tidak seperti mana rakan-rakan seangkatan dengannya.Alif turut mengakui terkilan dengan situasi itu apabila bakatnya masih belum dilihat secara meluas oleh masyarakat.Sementara itu, Alif yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Shadila, 29, tahun depan yakin kerjaya seni yang masih lagi dibina tidak mungkin akan terjejas.Alif sebaliknya menganggap rezekinya sebagai penyanyi mungkin akan lebih luas selepas mendirikan rumah tangga kelak."Pada pendapat saya, hal peribadi dan kerja tidak perlu dicampuradukkan dalam kehidupan seharian."Dan berkahwin juga tidak mungkin boleh menjejaskan periuk nasi kita kerana perkahwinan itu adalah salah satu ibadah Dan semestinya selepas berumahtangga, rezeki juga Insya Allah pasti akan bertambah," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Alif baharu sahaja muncul dengan album terbaharu berjudul Definisi.