Sharnaaz AhmadPETALING JAYA: Pelkaon Sharnaaz Ahmad akan bergandingan dengan aktres Neldyia Senrose dalam drama bersiri berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu bermula 9 Disember ini, pukul 10 malam di Astro Mustika (saluran 134).Drama bersiri 60 episod ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel popular karya E-Man Sufi dan diarahkan oleh Jamal Khan. Pengurus Saluran Mustika HD, Natasha Hashim berkata, saluran ini sudah sinonim dengan drama bersiri terbaik dan mengumpulkan kelompok peminat tersendiri."Gabungan pemilihan novel yang padat dengan jalan cerita ditambah dengan olahan dan pengarahan drama yang baik mejadi nadi kepada karya hebat tersebut."Kita juga berbesar hati memperkenalkan lagu tema Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang berjudl Salahkah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Datuk Rossa dan Hafiz," katanya.Drama ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris bernama Jebat lakonan Sharnaaz, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang semakin baik.Jebat jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Matura lakonan Nelydia selepas tekad berhijrah mendalami agama Islam.Pelbagai konflik terjadi yang menjadi halangan percintaan mereka.Drama ini turut dibintangi oleh Iqram Dinzly, datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.