Dafi mahu lebarkan sayap dalam bidang nyanyian di IndonesiaKUALA LUMPUR: Setelah mencipta nama sebagai pengacara di Indobnesia penyanyi Dafi mempunyai strategi dalam mengembangkan lagi bakat khususnya dalam bidang nyanyian di negara itu.Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 25, berkata, dia akan ke negara tersebut tahun hadapan dalam proses mencari bahan-bahan terbaik untuk lagu terbaharu yang akan dipertaruhkan di sana. "Tahun ini saya banyak habiskan masa untuk album baharu saya di sini, lagi pula kontrak sebagai pengacara di sebuah stesen televisyen di sana sudah tamat."Tahun depan saya akan ke Jakarta semula untuk bertemu dengan beberapa produser muzik di Jakarta bagi merancang kerjaya nyanyian saya di sana," katanya kepada mStar Online.Dafi ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta alat tulis S Liner dan pra dengar single terbaharunya berjudul Dalam Hati Ini, di Neway Karaoke, Berjaya Time Square, dekat sini, Isnin.Biarpun Dafi mengakui peluang untuk memasuki pasaran negara tersebut agar sukar, namun dia tidak pernah berputus asa untuk mencuba yang terbaik."Saya tahu ia sukar untuk orang luar menembusi pasaran negara itu, namun saya sudah ada tapak dan kenapa tidak ambil peluang tersebut untuk terus mencuba."Ada tawaran lakonan tetapi saya tidak berminat, saya mahu dikenali sebagai penyanyi," katanya.Bercakap tentang imej, Dafi berkata, dia kini mahu tampil lebih dewasa dan matang dalam setiap lagu-lagu nyanyiannya."Saya sudah berusia 25 tahun dan saya mahu ubah genre nyanyian kepada yang lebih matang."Peminat-peminat saya juga sudah membesar, kalau boleh saya mahu mereka akan terus menyokong saya mengikut peredaran usia," katanya.