SALAH seorang bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham dilaporkan tidak berminat untuk terlibat dalam projek penyatuan semula kumpulan tersebut.Seperti dipetik contactmusic.com, bekas anggota lain, Melanie Brown atau dikenali sebagai Mel B kini sibuk merancang projek meraikan 20 tahun kumpulan tersebut dalam sebuah perjumpaan besar bersama peminat. "Victoria seperti tidak berminat kerana tahun 2014 merupakan tahun untuk dia fokus kepada label fesyennya," ujar sumber.Kumpulan Spice Girls ditubuhkan pada tahun 1994 yang dianggotai oleh Mel B , Melanie Chisholm, Victoria Beckham, Emma Bunton dan Geri Halliwell .Mel B dilaporkan berusaha untuk majlis 20 tahun tersebut yang dikatakan bakal membawa pulangan yang agak besar kepada kumpulan itu.