AKTOR Arjun Rampal berang apabila dikatakan menjadi orang ketiga terhadap penceraian Hrithik Roshan dan Sussane.Menurut laporan portal Oneindia, Arjun sebaliknya bersedih atas perpisahan tersebut dan perkara ini membuat hatinya cukup sensitif apabila ada pihak sengaja mahu menuduh dia mempunyai hubungan sulit dengan Sussane. "Amat menyedihkan saat sahabat baik kita memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya. Ini adalah saat yang berat buat mereka berdua."Khabar itu (jadi pihak ketiga) juga membuatkan saya sedih. Tidak sangka berita ini pula muncul. Ini jelas, tiada perhubungan lain selain persahabatan antara saya dan Hrithik," tegasnya.Selepas 17 tahun perkahwinan, pasangan tersebut bercerai atas permintaan Sussanne.