suria

37 Karya Filem Terima Habuan Daripada Kerajaan

Jailani Johan (empat dari kiri) bersama penerima Intensif Tayangan Filem Cereka 2013.
Jailani Johan (empat dari kiri) bersama penerima Intensif Tayangan Filem Cereka 2013.
Jailani Johan (empat dari kiri) bersama penerima Intensif Tayangan Filem Cereka 2013.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 37 karya terbitan syarikat produksi tempatan telah menerima Intensif Tayangan Filem Cereka 2013 (ITFC) menerusi Dasar Industri Kreatif Negara yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johan berkata, pemberian intensif itu diharap dapat merancakkan lagi pembangunan industri perfileman yang lebih kompetitif pada masa hadapan.

"Jika lebih banyak produk yang baik dihasilkan industri perfileman akan menjadi lebih kompetitif selain dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara tersebut di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis.

Antara filem cereka yang menerima imbuhan tersebut adalah seperti Kerat 14, Mencari Cinta, Dampak, Lawak Ker Der?, Minyak Dagu, Dua Kalimah, KIL, Rock Oo, Klip 3GP, Chow Kit, Pecah, Awan Dania The Movie dan The Wedding Diary 2.

Insentif berupa cek tunai itu disampaikan kepada wakil syarikat produksi terlibat namun jumlah yang diterima setiap filem tidak didedahkan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.

Dalam pada itu, Jailani berkata, insentif yang diberikan kerajaan kepada syarikat-syarikat produksi diharap turut digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Jelasnya, menerusi cara itu produk yang lebih kreatif dan berkualiti dapat dihasilkan dan seterusnya lebih mudah untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

"Industri ini sentiasa berkembang sejajar dengan perubahan teknologi dan jika kita berdaya saing dalam menghasilkan produk berkualiti tidak mustahil ia dapat diterima dengan baik di peringkat lebih jauh.

"Kerajaan sentiasa menyokong dan bersedia untuk membantu dalam memastikan industri kreatif ini akan terus bergerak maju," katanya.

Sementara itu, Jailani turut menyerahkan insentif projek Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) kepada 11 penerima atas usaha mereka menghasilkan program televisyen berkualiti untuk siaran RTM sepanjang 2013.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kriteria ditetapkan oleh jawatankuasa penilaian teknikal dan jawatankuasa pemandu projek tersebut.

Sembilan nama turut menerima cek menerusi projek Bank Skrip yang merupakan pembangunan kepada isi kandungan dan penghasilan skrip berkualiti untuk pasaran televisyen dan filem.

Antara penerima imbuhan tersebut adalah Datuk Mustapha Maarof

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain