suria

Anak Sulung Kate Winslet Di Beri Nama 'Beruang'.

Kate Winslet bersama suaminya, Ned RocknRoll
Kate Winslet bersama suaminya, Ned RocknRoll
Kate Winslet bersama suaminya, Ned RocknRoll

KEPUTUSAN Kate Winslet dan Ned RocknRoll memberikan nama binatang kepada anak mereka benar-benar membuatkan orang ramai terkejut.

Menurut laporan portal Digital Spy, bayi pasangan tersebut yang baharu berusia dua minggu diberi bear (yang bermaksud beruang), namun tidak tahu sebab-sebab mereka memberikan nama itu.

"Kiranya nama penuh Bear adalah Bear Winslet. Pasangan itu tidak mahu menggunakan nama keluarga Ned yang dianggap kurang sesuai," kata sumber.

Bear merupakan anak pertama Kate dan Ned selepas berkahwin pada 29 Disember 2012.

Kate turut memiliki dua orang anak, hasil perkahwinan daripada dua bekas suami.

Artikel Berikut

Artikel Lain