suria

Jiran Berang Taylor Swift Ubah Suai Rumah

Taylor Swift.
Taylor Swift.

TINDAKAN penyanyi Taylor Swift melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pada rumah percutiannya di Rhode Island, New England telah menimbulkan rasa marah jiran-jirannya.

Radar Online melaporkan bunyi bising yang datang dari rumah penyanyi itu telah membuatkan penghuni di kawasan tersebut berasa terganggu.

Malah ada yang tidak berpuas hati dan mendakwa Taylor telah mencemar alam sekitar apabila bertindak membina kolam renang berdekatan dengan pantai.

"Dia telah merosakkan keindahan semula jadi dan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu," menurut salah seorang penduduk di kawasan itu.

Kerja-kerja pengubahsuaian rumah yang menghadap pantai itu dijangka siap sebelum musim panas ini.

"Dia seolah-olah cuba mengambil alih kawasan pantai dengan membina kolam renang tersebut. Dia perlu sedar dia hanya membeli rumah dan bukannya pantai tersebut," kata seorang sumber lain.

Artikel Lain