suria

TV3 Perkenal Slot 'Festival', Siar Drama Pendek Sempena DFKL

Drama 'Sebenarnya'.
Drama 'Sebenarnya'.

PETALING JAYA: Bersempena dengan Festival Drama Kuala Lumpur (DFKL) yang bakal berlangsung pada 20 hingga 22 Februari 2014 depan, stesen televisyen TV3 memperkenalkan sebuah slot baharu iaitu Festival.

Slot berkenaan akan bersiaran bermula Ahad (hari ini) hingga 16 Februari 2014 setiap hari Ahad, pukul 10 m alam, menghidangkan drama-drama hasil karya barisan peserta yang terlibat dengan DFKL.

Menurut kenyataan media yang diberikan kepada mStar Online, sebanyak tiga buah drama pendek akan disiarkan di mana pada Ahad (hari ini), karya Azma Aizal Yusof berjudul Sebenarnya disiarkan pada pukul 10 malam.

Drama tersebut dibarisi pelakon-pelakon hebat iaitu Bront Palarae, Nabila Huda, Nadia Aqillah, Jay Iswazir, Azman Jantan, Khatijah Tan dan Reen Rahim.

Olong, drama arahan Sabri Yunus yang disiarkan pada 12 Januari ini (10 malam) pula menggabungkan pelakon baharu dan lama seperti Taiyuddin Bakar, Bohari Ibrahim, Sani Sudin dan Didie Alias.

Manakala karya Erma Fatima untuk drama Balqis (19 Januari, 10.00 malam) turut tampil dengan barisan pelakon hebat iaitu Pekin Ibrahim, Ellie Suriati, adik Puteri Balqis dan Nabila Huda.

DFKL, merupakan sebuah acara yang julung kali diadakan dengan penglibatan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, penulis skrip, pelakon dan pengacara.

Untul informasi lanjut, layari laman web rasmi TV3 atau TV9 di www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Selain itu, laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia juga boleh dilayari untuk berita dan informasi terkini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain