suria

Azwan Kombos Malu Tuduhan Ditaja Nad Zainal

Azman Kombos
Azman Kombos

PETALING JAYA: Pelakon baharu Azwan Kombos mengakui berasa malu dengan khabar angin kononnya dia 'ditaja' oleh kekasihnya aktres Nad Zainal.

Azwan, 29, berkata, perkara tersebut merupakan khabar angin yang tidak sihat kerana ia boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon yang baharu mencari tapak di bidang seni hiburan tanah air.

"Saya ada rasa malu apabila timbul gosip begini. Bagi saya ia sebuah khabar angin yang tidak sihat dalam mengembangkan karier saya.

"Tetapi nak buat macam mana, saya terima dengan hati terbuka. Ada artis lain terkena gosip yang lebih teruk, jadi saya tidak perlu nak melatah," katanya kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Rabu.

Minggu lalu, sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Nad kini menyara hidup teman lelakinya iaitu Azwan berikutan perkembangan kerjaya pemuda itu yang dilihat masih suram berbanding Nad sendiri.

Sementara itu, Azwan berkata, memandangkan dia dan Nad perlu menanggung keluarga masing-masing, mereka mengamalkan konsep berkongsi dalam hal-hal perbelanjaan apabila keluar bersama.

"Nad ada keluarga nak ditanggung, begitu juga saya. Jadi saya akui, ada masanya Nad belanja saya makan dan kemudian saya pula yang keluarkan duit, kami bergilir-gilir dan berkongsi untuk mengurangkan bebanan masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan karier pula, Azwan kini sibuk dengan penggambaran drama Jika Itu Takdir untuk siaran TV3. Selain itu pelakon drama bersiri Dewi Lasak itu juga bakal muncul dengan filem Mukasurat Cinta arahan Pierre Andre pada 16 Januari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain