suria

Siri 'Boardwalk Empire' Di HBO Akhirnya Ditamatkan

Siri Boardwalk Empire tamat.
Siri Boardwalk Empire tamat.

LOS ANGELES: Pembekal rancangan televisyen HBO pada Khamis mengumumkan sebuah rancangan bersiri Boardwalk Empire yang memenangi banyak anugerah bakal ditamatkan siarannya.

Penerbit rancangan itu membuat kenyataan berhubung perkara tersebut dalam Twitter miliknya.

Siri ini memenangi banyak kejayaan termasuklah dalam Anugerah Gloden Globe dan berpuluh-puluh dalam Anugerah Emmy sejak ia diperkenalkan pada 2010 oleh pemenang anugerah penulis terbaik, Terence Winter.

Steve Buscemi merupakan teraju utama siri itu dan memegang watak sebagai ahli politik gengster yang berkuasa di Atlantic City.

Drama jenayah ini menceritakan kehidupan zaman ‘Enoch Nucky Thompson’ apabila berlaku banyak pergelutan di antara samseng serta ahli politik di bandar New Jersey pada tahun 1920-an dan 30-an.

Winter yang juga penulis lakon layar ‘The Wolf of Wall Street’ berkata, selepas melakukan banyak perbincangan dengan tenaga kerja kreatif dan HBO, pihaknya memutuskan untuk menutup siri berkenaan.

Ketua Rancangan HBO, Michael Lambardo berkata, Winter telah menghasilkan satu siri yang luar biasa untuk membawa siri itu sehingga menjadikan ia benar-benar hebat dan diminati oleh pelanggan-pelanggan saluran berkenaan. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain