suria

Himpunan Program Menarik Sempena Tahun Baru Cina

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun kuda yang menjadi simbol kemuliaan, kemasyhuran dan keazaman.

Sempena dengan itu juga, stesen TV3 menghimpunkan seleksi filem terbaik bagi menyemarakkan sambutan perayaan kaum Cina itu pada tahun ini.

Berikut adalah senarai program menarik buat tontontan pada musim perayaan ini.

The Sorcerer And White Snake – 31 Januari 2014 (Jumaat), 10.00 malam

Sinopsis: Kisah bermula apabila Xu Xian dan rakan-rakan mencari bunga dan daun untuk dibuat ubat tradisional di hutan.

Ular jadian bernama Qing Qing mengejutkan Xu Xian sehingga menyebabkan dia jatuh ke sungai.

Xu Xu yang berubah menjadi wanita cantik menolong Xu Xian dan kemudian jatuh cinta terhadap lelaki tersebut.

Pelakon: Jet Li, Shengyi Huang, Raymond Lam, Charlene Choi, Zhang Wen, Vivian Hsu.

Panggung Sabtu: Kabhi Alvida Naa Kehna – 1 Februari 2014 (Sabtu), 2.00 petang

Sinopsis: Dev, seorang pemain bola sepak yang tinggal di Amerika Syarikat. Dia telah berkahwin dengan Riya yang bekerja dan menjadi model untuk sebuah majalah.

Namun, Dev mula meragui isterinya mempunyai hubungan dengan orang lain. Keraguan Dev bertukar menjadi realiti apabila dia melihat sendiri Riya bersama dengan seorang lelaki bernama Rishi.

Pelakon: Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Rani Mukherjee, Preity Zinta, Abhishek Bachchan, Kiron Kher, Arjun Rampal.

Cerekarama: Bila Biniku Gongxi – 1 Februari 2014 (Sabtu), 10.00 malam

Sinopsis: Ketika Tahun Baharu Cina pada tahun-tahun sebelumnya, Tina dan Jenny akan menghubungi ibu bapa, dan memastikan mereka pulang pada tarikh yang berlainan, supaya tidak bertemu.

Ibu bapa mereka, Aunty Mei dan Uncle Tong mengimpikan untuk ‘Makan Besar’ bersama-sama.

Aunty Mei dan Uncle Tong berpakat untuk mendapatkan bantuan menantu mereka dengan alasan palsu bahawa Uncle Tong sakit tenat.

Pelakon: Soo Wincci, Adeline Tsen, Mandy Chong, Chew Kin Wah, Iqram Dinzly, Sarissa Chong.

Ip Man – 6 Februari 2014 (Khamis), 10.00 malam

Sinopsis: Penaklukan Jepun di tanah China pada tahun 1937 memberi kesan kepada semua penduduk terutamanya penduduk Foshan, selatan China.

Rumah salah seorang guru seni bela diri iaitu Ip Man telah digeledah dan dia sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut.

Tindakan Jeneral Miura ini membangkitkan kemarahan penduduk tempatan.

Ip Man mahu bertarung dengan 10 orang askar Jepun dalam satu masa dan menewaskan mereka dalam sekelip mata.

Ini telah menarik perhatian Miura yang mahu melihat sendiri kehebatan Ip Man dan teknik “Wing Chun”.

Pelakon: Donnie Yen, Simon Yam, Siu-Wong Fan, Ka Tung Lam, Yu Xing, You-Nam Wong, Chen Zhi Hui

Artikel Sebelum

Artikel Lain