Miranda sudah setahun tidak menemui keluarganya di Australia. SUPERMODEL Miranda Kerr dilaporkan sudah setahun tidak pulang ke rumah keluarganya di Australia.Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, keluarga Miranda berasa diabaikan kerana wanita itu tidak pernah menghubungi mereka. Dalam sebuah dokumentari drama berjudul Family Confidental, bapa Miranda, John mengaku tidak diberitahu secara langsung tentang perpisahan model itu dengan Orlando Bloom.Bahkan perkara penting itu diberitahu sendiri oleh Orlando.Kali terakhir Miranda dilihat berjalan bersama neneknya pada Mei 2012 di lapangan terbang Sydney.