Tambah Sarimah, keikhlasan Najimmudin membuatkan Sarimah terpikat dengan lelaki tersebut dan berharap agar kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu jodoh bersama.
Sementara itu, Sarimah yang juga merupakan penyampai radio Mix FM bersama gandingannya iaitu Rod menganjurkan kempen mencari pasangan untuk Sarimah iaitu Desperately Seeking Sarimah menerusi stesen radio tersebut.
Kempen itu dianjurkan sendiri oleh Rod sebelum mengetahui bahawa Sarimah sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati.
"Kalau nak tahu, sebelum ini Rod dengan beraninya menganjurkan Desperately Seeking Sarimah, kononnya mahu tolong mencari pasangan untuk saya.
"Memandangkan dia tidak tahu yang saya sudahpun mempunyai kekasih, saya layankan sahaja. Tidak sangka pula Rod emngambil perkara itu begitu serius.
"Sehinggakan, seramai 10 lelaki penyertai kempen itu, hanya tiga saja dipilih. Bagaimanapun saya terpaksa menjelaskan kepada ketiga-tiga lelaki tersebut yang sebenarnya saya sudah mempunyai pasangan sendiri. Walaupun sedikit kesal, mujurlah mereka memahami," ujarnya
Dalam perkembangan lain, Sarimah bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul You On My Mind. Lagu tersebut turut menampilkan penyanyi Simon J Bailey.