Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dalam satu kenyataan berkata, pada acara itu kelab futsal iaitu Dani FC turut akan memeriahkan acara itu yang bermula pada pukul 3 petang.
"Selain anak-anak di rumah anak yatim tersebut acara itu juga turut disertai oleh rakan-rakan artis dan media sebagai salah satu aktiviti komuniti Karyawan," katanya.
Tambah Freedie lagi, diharap dengan aktiviti berkenaan akan menerbitkan perasaan gembira kepada kanak-kanak tersebut yang kurang bernasib baik.
"Bagaimanapun semua aktiviti yang diadakan adalah untuk suka-suka dan bersifat santai kepada yang hadir," ujarnya.