suria

Jaclyn Victor Umum Tarikh Kahwin Selepas Aidilfitri

Jaclyn Victor Dedah Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat.
PETALING JAYA:  Penyanyi Jaclyn Victor memberitahu bakal mengumumkan tarikh perkahwinanya selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada bulan Julai depan.

Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, berkata, dia sudah mengambil keputusan tersebut dan kini dalam perbincangan untuk menetapkan tarikh keramat itu.

"Ya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan sudah ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat ini.

"Namun begitu, saya belum lagi berbincang dan menetapkan tarikh, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri baru saya umumkan segala-galanya termasuklah siapa bakal suami saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Jac berkata demikian ketika diminta mengulas tentang komennya di laman sosial Instagram bahawa dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Tambahnya, keputusan tersebut dibuat sejak awal bulan lalu, namun dia terpaksa menyimpannya bagi menghormati insiden pesawat Penerbangan malaysia, MH370.

Gambar yang dimuat naik di Instagram milik Jaclyn Victor pagi Isnin.
"Pagi ini saya ada berita baik untuk dikongsikan dengan semua. Rahsia ini saya simpan sejak awal bulan lalu bari menghormati semua yang terlibat dengan MH370.

"Saya juga minta maaf kerana mengumumkan berita ini disaat semua masih lagi bersedih dengan insiden MH370. Akhirnya, saya dapat menjawab soalan mereka yang sentiasa bertanya bila saya akan kahwin," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang jejaka yang bakal menjadi suaminya, Jac berkata, dia akan memperkenalkan lelaki itu selepas mengumumkan tarikh perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, Jac turut berharap peminatnya mendoakan agar segala urusan dan perancangannya mendirikan rumah tangga berjalan lancar.

Jaclyn Victor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain