suria

Hefny Sahad Bukan Dalang Nad Zainal Putus Cinta

Azwan terkejut kenyataan Nad Zainal tentang hubungan mereka sudah berakhir.

PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal menegaskan hubungan cintanya yang sudah berakhir dengan Azwan Kombos bukan disebabkan pihak ketiga sebaliknya berpunca daripada masalah di antara mereka sendiri. 

Nad atau nama sebenarnya, Nadia Zainal, 24, berkata, hubungan mereka retak juga bukan kerana cinta lokasinya dengan Hefny Sahad ketika berlakon telefilem Mengintai Syurga Mama pada April lalu seperti mana diperkatakan orang.

"Apa yang berlaku antara kami tiada kena mengena dengan pihak ketiga mahupun Hefny.

"Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri. Lagipun saya dan Azwan sudah berbincang menyelesaikan masalah berkenaan dan ia dianggap sudah selesai. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan orang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Nad diminta mengulas mengenai keretakan hubungan cintanya dengan Azwan, 29, yang kononnya berpunca daripada pihak ketiga iaitu Hefny. Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production.

Azwan menerusi laporan mStar Online Isnin lalu terkejut dengan kenyataan Nad sedangkan dia menganggap hubungan mereka masih baik seperti biasa.
eh54
Nad dan Hefny mula akrab sejak berlakon bersama dalam telefilem 'Mengintai Syurga Mama'

Sementara itu, Hefny yang dihubungi mStar Online pula terkejut apabila dikatakan menjadi punca perhubungan cinta Nad dan Azwan putus.

Katanya, hubungan pasangan itu putus sebelum dia dan Nad menjalani penggambaran drama berkenaan.

"Setahu saya, mereka putus sebelum kami digandingkan bersama dalam telefilem itu. Terkejut pula apabila ada orang nak kaitkan saya sebagai punca masalah cinta mereka.

"Diakui saya dan Nad mula akrab sejak berlakon bersama. Dia banyak meluahkan masalah peribadinya kepada saya. Dan saya tahu sebab apa mereka putus. Tetapi terus terang saya katakan, saya bukanlah punca putusnya hubungan mereka itu," tegasnya.

Nad Zainal, Azwan Kombos, Hefny Sahad

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan