suria

Suria FM Sokong Kempen Pulangkan 276 Pelajar Nigeria Diculik

Petugas Kumpulan Radio Star menyokong kempen Bring Back Our Girls.
PETALING JAYA: Suria FM menyokong usaha mengadakan kempen agar 276 pelajar perempuan sebuah sekolah di Nigeria yang diculik militan Bako Haram pada April lalu dipulangkan kepada keluarga masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar berkata, kempen yang dikenali sebagai Bring Back Our Girls yang dimulakan sejak awal Mei lalu adalah salah satu bentuk petisyen dalam talian yang bertujuan menyeru masyarakat dunia agar menyokong usaha berkenaan.

“Perlu bagi kita untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen ini bagi mewujudkan kesedaran dan memainkan peranan sebagai sebuah badan media. Doa dan  ingatan kami ada bersama kanak-kanak yang hilang dan juga keluarga mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.


Anne Hathaway
Anne Hathaway

Kempen Bring Back Our Girls bermula apabila seorang peguam di Nigeria memuat naik status di Twitter sehingga menjadi bualan ramai.

Ia turut disokong oleh orang berpengaruh di dunia seperti Michelle Obama, Malala Yousafzai, Hillary Clinton, Ellen DeGeneres, Amy Poehler, Miranda Kerr, Gisele Bundchen, Anne Hathaway, Usher, Mary J. Blige dan The Rock.

Mereka memuat naik gambar masing-masing dengan kertas yang bertulis #BringBackOurGirls dengan harapan kanak-kanak berkenaan segera dijumpai dalam keadaan selamat.
Suria FM

Artikel Lain